Tuesday 27 September 2011

INDAHNYA ......

indahnya bila...
ranting hijaumu melambai-lambai
ditiup angin nan nyaman 
 hatiku tenang tiada resah..



indahnya bila...
kutatap senyumanmu wahai tasik
yang luas terbentang
yang membiru tenang

memberi kesenangan
kepada semua hidupan


 seketika laut ketenagan mendatang 
 rasa bimbang menerjah
adakah keindahan akan kekal ?

Thursday 22 September 2011

kembara

Tup tap,dah 2 minggu aku kat sini ,Rase macam semalam je baru sampai K.l.Hari tu,memang malas nak bertolak bile tengok muke family aku.Hmm.. aku nak balikkkk....


Bertolak dari Machang pukul 8 pagi dengan 15 orang kawan -kawan...Memang best dapat konvoi ramai-ramai.Sampai kat Gua Musang ,kitorang berhenti rehat kat rumah sorang kawan . Peh...dapat makan durian..,Bantai 5 ulas dah semput dah.Lepas makan tengahari kat situ,baru perjalanan di teruskan.

Sampai kat K.L dah pukul 7.Hmm..penat sangat -sangat ,tapi semuanya hilang sebab dapat tengok pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.tambah-tambah lagi kat Gua Musang yang banyak bukit batu kapur.Jauh perjalanan ,luaslah pemandangan .

Monday 19 September 2011

BELENGGU

Rasa bersalah timbul dihati bila memikirkan kembali harapan seorang rakan kepada ku,ingin ku katakan tidak,takut dia terasa, ingin mengiakan pula ,bimbang ku dipersalahkan.Hmm,,,,akhirnya aku tidakkan permintan untuk menemannya membeli motor terpakai kerana sangkanya aku boleh diharap untuk melihat keadaan motor tersebut dahulu sebelum dibeli dan memberi pandangan dalam urusan jual beli .Walhal aku pun masih cetek ilmu tentang bidang itu,akhirnya dia pergi tanpa diteman dan  setelah selesai jual beli,geran motor tersebut yang dijanjikan diberi keesokan hari tidak sampai ke tangan rakanku hingga hari ini,akhirnya dia bertekad membuat report polis,aku pula yang ditimpa rasa bersalah.Maafkan aku wahai kawan...banyak-banyaklah bersabar...

Hilangnya Sebutir Permata


Gerimis hujan di pagi hari ini mengingatkan ku kepada seorang teman yang telah banyak memberi keceriaan dalam hidupku dulu,titisan hujan yang berderai halus dan mengeluarkan bunyi yang sayu mengimbau kembali  ingatan ku padanya ,begitu juga hatiku yang menangis seperti hujan diluar sana. Hafiz ,itulah nama sahabat sejatiku,dia juga mempunyai talian persaudaraan dengan ku.Gurauan sendanya ,tutur kata dan ayat –ayat lawaknya ,sentiasa membuatku ketawa dan tersenyum seorangan,dia adalah lepasan pelajar sekolah agama  . Kami tinggal sekampung dan selalu lepak bersama sama dengan teman –teman lain .Aku kagum dengan sikapnya yang tidak mudah putus asa,telah dua kali dia memperbaiki keputusan SPM nya yang kurang memuaskan,namun apabila mengetahui keputusan yang kedua tidak elok,dia tetap ingin mengulangnya untuk kali yang ketiga.Akhirnya ,dia telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah pusat pengajian di Terengganu dalam bidang kemahiran.Minatnya dalam bidang permotoran amat tinggi,setiap minggu dia akan pulang untuk  bekerja di kampung dan membaiki motor .Namun aku menyangkal jika ada anggapan yang menganggap dia adalah mat rempit,tidak eloklah kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga .Tidak wajar bagiku jika semua remaja yang menunggang motosikal dianggap sedemikian. Sepanjang  aku di UPM ,jarang kami dapat bertemu kecuali jika dia datang kerumah kakak nya di Gombak .Namun kami sentiasa bermesej .2 minggu sebelum puasa tahun ini sewaktu aku bekerja di Putrajaya , dia telah datang ke rumah kakaknya ,beria ia dia menelefon dan ingin berjumpaku walaupun telah lewat malam ,boring sangat katanya dan terpaksa jugalah aku pergi . Malam itu,dia mengajakku pergi ke Downtown bertemu rakan yang menjaja di situ ,sewaktu berjalan melihat pakaian ,aku memintanya membeli seluar pendek untuk bermain takraw di kampung nanti.” Bagi kat budak –budak jela main,aku nak berehat”.Itulah yang keluar dari mulutnya .Sewaktu pulang ,kami berborak panjang dimana dia meluahkan perasaannya yang kecewa kerana putus cinta .Aku hanya melayan kerenahnya walaupun timbul  rasa boring dan banyak lagi yang dibualkannya pada malam itu .Sampai dirumah kakaknya,Hafiz beria-ia mengajakku tidur di situ kerana hari sudah lewat .Namun aku terpaksa pulang kerana kerja  pagi ,tambahan pula dia akan balik ke Kelantan esok. Itulah kali terakhir kami bersua,seminggu kemudian aku telah berhenti kerja untuk pulang berpuasa di kampung keesokannya.Pada malam itu, dalam kegembiraan  bersama kawan –kawan di kedai makan,sesuatu yang tidak terduga olehku,kawan dari kampung telah menelefon ku sambil menangis memberitahu bahawa Hafiz telah meninggal akibat kemalangan sewaktu pulang ke kampung  dari Terengganu dan dia meninggal di tempat kejadian . Sebak hati ku ,nafas ku tahan ,sukar untuk ku menerimanya . Terus ku pulang kerumah sewa dan mengunci diri di dalam bilik.Esoknya ,sepanjang perjalananku ke kampung,hanya dia yang bermain dalam benakku .Sewaktu dia di letakkan ke dalam liang lahad aku masih dalam perjalanan balik ke Kelantan .Tidak sempat ku menatap wajahnya,hanya tahlil sempat aku hadiri pada malamnya. Menurut kawanku,hafiz telah melanggar sebuah kereta yang keluar secara mengejut yang dipandu oleh seorang pelajar perempuan dari UITM Machang dan ia juga berlaku di hadapan Universiti . Aku telah pergi ke tempat kejadian dan melihat kesan kemalangan seperti kesan brek dan tompokan minyak atau mungkin darah yang masih ada serta cermin yang pecah .Aku redha dan tidak menyalahkan pelajar tersebut tapi butakah pelajar itu?,Namun Tuhan lebih menyayanginya ,ketentuan bahawa  dia akan pergi pada umur 21 telah tertulis . Pada pagi raya,aku dan kawan- kawan melawatnya di pusara ,luruh air mata ku seorang sahabat,apatah lagi keluarganya yang lebih terasa kehilangannya .Hafiz,seseorang yang pernah menjadi penyeri hidupku dan rakan-rakan .Kutatap gambarmu,dikau akan ku kenang sepanjang hayat,damailah kau di sana.Allahyarham Mohd Hafiz bin Yusof,Al -fatihah buatmu...(.Gambar arwah di sebelah kiri..).