Aku terbaca cerita yang ditulis oleh Amir dalam blog nya, sukar kita nak percaya tentang hantu jika tak dilihat dengan mata sendiri,yang semestinya,Jin dan Syaitan sentiasa ada di muka bumi. Memang aku minat dengar dan tengok cerita hantu, setakat kena sakat dan nampak kelibat tu aku dah pernah kena,tapi tak diketahui samada betul-betul atau perasaan aku je. Memang dalam hidup ni aku tak pernah bersua,kalau ada peluang tak tau la nak jumpe ke tak,he...
1 cerita yang aku masih ingat masa aku tingkatan 6 dulu bila salah seorang kawan menceritakan terkena dekat kampungnya. Cerita ni tak tahu la betul ke tak.Menurut dia, pada satu malam dia dan kawannya keluar minum dan lepak di kedai kopi,tup tap,malam pun dah lewat,Sewaktu pulang mereka berdua dikejutkan dengan road-block, jadi mereka pun pecut memasuki jalan pintas untuk balik,waktu tu,hujan renyai -renyai dan jam menunjukkan 1.30 pagi.
Jalan yang dilalui dieorang adalah jalan sawah dan tiada sebuah pun rumah dekat situ,aku sendiri pernah lalu jalan tu. Memang kalau waktu malam tiada orang yang berani lalu kerana tempat itu telah diketahui ceritanya yang menyeramkan. Sewaktu melalui jalan tu,kawannya yang membonceng agak celupar mulutnya "Bawak slow-slow sikit,kan mati enjin motor kau ni Tam"..katanya .
Dengan tiba-tiba motor yang dinaiki masuk ke dalam lopak air dan enjinya betul- betul mati. Jadi dengan muka yang agak bimbang ,mereka berdua pun berjalan, kawan aku ni menolak motor dan rakan yang memboncengnya tadi berjalan di depan. Selepas melepasi kawasan sawah,mereka terpaksa melalui sebuah jambatan kecil yang merentasi sebuah paya. "beratnya motor ni' tiba -tiba keluar ayat itu dari mulut kawanku . Rakannya yang berjalan di depan pun menolehkan kepalanya kepada kawanku. Raut mukanya berubah,dia terpaku sejenak.matanya terbeliak memandang kawanku.Di tariknya tangan kawanku .Mereka berlari sambil rakanku menolak motosikal,sehingga sampai di depan rumah salah sebuah rumah penduduk kampung di situ. Bantuan daripada tuan rumah itu yang membaiki motor mereka,akhirnya mereka sampai ke rumah . Setelah menghantar rakannya ,kawanku pulang ke rumah dan tiba -tiba rakannya menelefon. "Sori la,kalau aku bagitau awal-awal,mesti kau tak nak hantar aku balik, Kau tak nampak ke tadi Tam?tanyakawannya,kawan ku hairan,rupanya sewaktu dia merasa merasa berat sewaktu menolak motor melintasi jambatan tadi dan rakannya menoleh,dilihatnya seorang budak perempuan mencangkung di atas motornya,tangannya mendakap lutut,tubuhnya bewarna putih samar-samar. Begitu juga dengan mukanya yang tunduk kebawah,begitu samar kelihatan seperti kabus kata kawannya.Rambutnya panjang mengurai menutupi mukanya yang tunduk. Rasa best pulak masa tu dengar cerita dia. Macam cerita hantu bonceng pula.Dari saat tu,kawanku tak berani lagi melalui jalan tu pada larut malam.
No comments:
Post a Comment