Friday, 23 December 2011

DR NORMALIZA (BBK 3408)

 BBK 3408, subjek inilah yang paling banyak kerja yang pernah aku ambil sepanjang belajar di UPM. Mula-mula aku masuk ke bilik kuliah, Aku rasa stress sebab banyak kerja yang telah di beri oleh Dr. Tapi, semua kepenatan itu yang aku alami bersama kumpulan aku( BARA) banyak memupuk kerajinan dan semangat kerjasama antara kami berlima.
     Selain daripada itu, Terdapat juga amali di dalam subjek ini yang mana aku terpaksa mempelajari cara-cara untuk membuat kalendar, membuka weebsite sendiri yang bersifat ilmiah seperti (weebly ).Tapi yang paling seronok adalah aku dapat belajar membuat video dengan menggunakan movie maker dan mempunyai akaun youtube dan blog sendiri yang dulu aku hanya mampu melihat sahaja rakan -rakan ku yang dah ada aset tersebut. Asalnya aku 'kayu' tapi aku menjadi buluh yang telah dilentur. Sekarang aku telah mahir dan seronok dengan kepakaran aku yang dapat aku gunakan pada bila-bila masa sahaja di samping dapat memberi tunjuk ajar kepada orang lain yang lebih memerlukan.


tentang Dr Normaliza,
ini adalah link untuk blog Dr Normaliza.http://aammwa.blogspot.com/
bagi sape-sape yang berminat boleh lah singgah...
Mula-mula aku mengenalinya,aku rasa bimbang sebab dia buat-buat garang dan tegas,yang datang lewat akan di halau dari masuk bilik kuliah. Tapi selepas berminggu-minggu kuliah bersamanya,barulah aku dapat mengenali sikapnya. Dia agak lucu,satu lagi jika dilihat dalam blognya mungkin dia adalah kaki wayang dan minat cerita Korea. Yang penting dia penyayang . banyak masa dia diluangkan dengan  keluar dengan anak-anakinya.Dalam kuliahnya,dia akan serius tapi sebenarnya dia lebih suka kami happy agar suasana gembira dalam kuliah hidup.Pernah kumpulan aku terpaksa curi-curi ambil gambarnya di dalam seminar di Kolej 10. Entah masihn kabur motifnya,tapi aku seronok dengan usaha kami.

 RINDU
Aku rasa rindu pulak kat kuliah BBK 3408 dan DR. Tiada lagi persaingan antara kumpulan untuk mendapatkan video yang terbaik antara kami.Tapi segala kenangan manis dan tunjuk ajar daripada Dr Normaliza dan ahli-ahli kumpulan banyak membantu aku . Segalanya akan ku kenang . Terima kasih DR NORMALIZA  dan Group BARA ..Jasa kalian akan ku ingati ..



ini adalah koleksi gambar aku bersama kumpulan BARA sepanjang kami bekerjasama



gambar untuk tugasan pertama kami iaitu gambar aksi



gambar-gambar untuk simpulan bahasa atau peribahasa



semasa sedang melukis dan mewarna bagi majalah kumpulan kami iaitu BARA Stail


gambar semasa video kalau berpacaran

 sempat makan sebelum mulakan kerja untuk video insaf



Sunday, 18 December 2011

MEMORI

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu.Tinggal di kampung memang banyak memori manis dan pahit,aku rindukan meriam buluh di malam raya,ku rindu nak main layang-layang lepas musim menuai,aku rindu nak tangkap ikan dalam parit depan rumah,aku rindu nak main hujan di musim tengkujuh dan aku rindu nak berada dalam raga motor bapaku pada waktu petang.Semua itu dah berlalu,manisnya bila di kenang.

Pernah satu peristiwa yang aku ingat,kerana kenakalan ku.Aku mengikut rakan abangku walaupun aku tak sebaya mereka.Mereka masuk belukar,aku ikut. Mereka panjat pokok,aku ikut panjat sekali dan aku jatuh ketanah menyebabkan 2 sendi tanganku terkeluar dari tempatnya.Rakan -rakan abangku lari meninggalkan ku keseorangan di dalam hutan.Air mataku berderai menahan sakit sambil merangkak keluar dari hutan.

Aku terserempak dengan oang kampung dan dia menghantarku balik.Sampai dirumah,kesakitan aku bertambah bila mak aku pukul aku dengan penyangkut baju kerana terlalu marah sebab aku tak dengar nasihatnya.Kesudahannya,aku tertidur kerana penat dan sakit dipukul.Malam itu aku meracau,menurut kakakku aku hanya menyebut nak mati berulang kali sampai mak aku menangis sebab tak sanggup dengar.Selepas berjumpa 2 oang tukang urut akhirnya aku sembuh.Kesian mak aku sebab selalu tak tidur malam kerana menjagaku.Tapi kalau masa diputarkan kembali,aku mahu selamanya berada di alam kanak-kanak.Tiada tekanan kerja dan sentiasa gembira.




  yang kiri sekali itu aku,comel? hua2
                                                                                                 

Broga Hills

Hari ni intake 31 ROTU menghilangkan stress di puncak bukit Broga dekat Semenyih.

Kami bertolak dengan bas pada pukul 4 pagi untuk melihat matahari terbit di puncak Broga. Sampai kat sana,memang gelap lagi,namun ramai orang dah sampai sebelum kami.

Memang penat panjat bukit,banyak cerun curam yang terpaksa didaki .Lebih kurang sejam kami mendaki tapi berbaloi sebab dapat tengok indahnya alam ciptaan Tuhan.
Setelah turun,kami bergerak pula ke Sungai Tengkala untuk mandi dan BBQ. Memang hilang stress aku hari ni..

Thursday, 15 December 2011

Tak ada tajuk

Gitar, entah lah.. Masa kat rumah dulu sebab benda tu lah aku selalu dileteri mak ayah. Pernah mak aku menyorokkannya kerana sakit mata melihat aku memetiknya.

Aku tak kenal langsung gitar sebelum aku mendapatkannya daripada kawanku di kampung. Dia tersalah perkiraan kerana membeli gitar. Fikirnya gitar senang dimainkan,rupanya hanya diletakkan di belakang pintu rumah dan di penuhi sawang kerana amat sukar untuk di pelajari.

Perkenalan aku dengan gitar bermula apabila aku melihatnya tersadai di rumah kawanku itu, Aku telah menggunakan sistem barter dengan menukarkannya dengan sepasang kasut Converse.
Sama seperti rakanku,Aku membawanya pulang dan menyorokkannya di bawah katil bagi mengelakkan dikesan keluarga. Tapi ,aku putus harapan kerana tak tahu cara untuk bermainnya. Tiap-tiap hari aku curi-curi belajar sewaktu ketiadaan orang tua. Akhirnya aku bosan dan peramkannya di bawah katil

Tapi aku telah mengenali seorang rakan yang pandai bermainnya dan dia telah menjadi guruku,Kini aku telah boleh bermainnya,Kerana gitar juga aku mempunyai ramai kawan khususnya yang minat muzik.Aku mempunyai sebuah gitar elektrik tanpa pengetahuan keluarga.Kalau mak aku tahu , tak tahu la berapa bakul kena menghadap bebelannya. Tapi aku telah menjualnya bagi menambah duit untuk membeli motosikal.


Mungkin aku akan tinggalkan gitar apabila mempunyai kerjaya nanti.Tapi mungkin aku akan lebih cenderung dengan membeli gitar jika berwang.Entahlaaaa..

BBK 3408 2011 BARA PRODUCTION.wmv


Video terbaru kami ,kumpulan BARA. Walaupun pelbagai masalah bertimpa terhadap kumpulan kami, Tapi Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menyiapkan kerja berkumpulan ni.

Friday, 9 December 2011

Laman Sastera-//indahnyasastera.weebly.com/

Ini adalah laman yang membicarakan tentang isu-isu dan input-input tentang sastera.untuk memasukinya,sila taip:http://indahnyasastera.weebly.com/.Perbincangan seperti,sajak,pantun,cerpen, artikel-artikel sastera banyak terdapat dalam laman ini.

BBK 3408 2011 BARA PRODUCTION (IN



Video terbaru group kami,sedihlah juga,,

kerja musim cuti

Time ni aku dekat foyer FBMK menguruskan kerja untuk pameran multimedia hari selasa ni.Penat jugak rasanye kene mengangkat meja.Kene bangun awal di hari minggu bt kerja yang perlukan diri ini di paksa Rasa boring ,aku bukak la komputer kat FBMK ni nak menulis,he.
Biasanya orang guna untuk daftar kursus,mungkin untuk hari minggu aku cuba longgarkan syarat kot,

Monday, 28 November 2011

cerita dalam cerita

Aku terbaca cerita yang ditulis oleh Amir dalam blog nya, sukar kita nak percaya tentang hantu jika tak dilihat dengan mata sendiri,yang semestinya,Jin dan Syaitan sentiasa ada di muka bumi. Memang aku minat dengar dan tengok cerita hantu, setakat kena sakat dan nampak kelibat tu aku dah pernah kena,tapi tak diketahui samada betul-betul atau perasaan aku je. Memang dalam hidup ni aku tak pernah bersua,kalau ada peluang tak tau la nak jumpe ke tak,he...
1 cerita yang aku masih ingat masa aku tingkatan 6 dulu bila salah seorang kawan menceritakan terkena dekat kampungnya. Cerita ni tak tahu la betul ke tak.Menurut dia, pada satu malam dia dan kawannya keluar minum dan lepak di kedai kopi,tup tap,malam pun dah lewat,Sewaktu pulang mereka berdua dikejutkan dengan road-block, jadi mereka pun pecut memasuki jalan pintas untuk balik,waktu tu,hujan renyai -renyai dan jam menunjukkan 1.30 pagi.
Jalan yang dilalui dieorang adalah jalan sawah dan tiada sebuah pun rumah dekat situ,aku sendiri pernah lalu jalan tu. Memang kalau waktu malam tiada orang yang berani lalu kerana tempat itu telah diketahui ceritanya yang menyeramkan. Sewaktu melalui jalan tu,kawannya yang membonceng agak celupar mulutnya "Bawak slow-slow sikit,kan mati enjin motor kau ni Tam"..katanya .
Dengan tiba-tiba motor yang dinaiki masuk ke dalam lopak air dan enjinya betul- betul mati. Jadi dengan muka yang agak bimbang ,mereka berdua pun berjalan, kawan aku ni menolak motor dan rakan yang memboncengnya tadi berjalan di depan. Selepas melepasi kawasan sawah,mereka terpaksa melalui sebuah jambatan kecil yang merentasi sebuah paya. "beratnya motor ni' tiba -tiba keluar ayat itu  dari mulut kawanku . Rakannya yang berjalan di depan pun menolehkan kepalanya kepada kawanku. Raut mukanya berubah,dia terpaku sejenak.matanya terbeliak memandang kawanku.Di tariknya tangan kawanku .Mereka berlari sambil rakanku menolak  motosikal,sehingga sampai di depan rumah salah sebuah rumah penduduk kampung di situ. Bantuan daripada tuan rumah itu yang membaiki motor mereka,akhirnya mereka sampai ke rumah . Setelah menghantar rakannya ,kawanku pulang ke rumah dan tiba -tiba rakannya menelefon. "Sori la,kalau aku bagitau awal-awal,mesti kau tak nak hantar aku balik, Kau tak nampak ke tadi Tam?tanyakawannya,kawan ku hairan,rupanya sewaktu dia merasa merasa berat sewaktu menolak motor melintasi jambatan tadi dan rakannya menoleh,dilihatnya seorang budak perempuan mencangkung di atas motornya,tangannya mendakap lutut,tubuhnya bewarna putih samar-samar. Begitu juga dengan mukanya yang tunduk kebawah,begitu samar kelihatan seperti kabus kata kawannya.Rambutnya panjang mengurai menutupi mukanya yang tunduk. Rasa best pulak masa tu dengar cerita dia. Macam cerita hantu bonceng pula.Dari saat tu,kawanku tak berani lagi melalui jalan tu pada larut malam.

Monday, 14 November 2011

Kuatkah aku
Tabahkah aku
baikkah aku..
sabarkah aku

lelakikah aku
berimankah aku
ikhlaskah aku
taatkah aku
kenalkah aku pada jasad ini
baikkah lakuku kepadanya..



Oh..
Tuhan,mak ,ayah,
saudara-saudaraku.
sahabat-sahabatku..
ampunkan aku selama 22 usia ini,


HARAP HARI ESOK MASIH ADA UNTUKKU
MENJADI LEBIH BAIK DARI HARI YANG LEPAS....

Sunday, 13 November 2011

PENAT

Finishing school!!!

Rasa macam kerdil sangat bila aku dengan Apiz saje dari FBMK,yang lain semua dari aliran sains dan TESL. Rasa macam awan hitam penuh dekat kepala, berat sangat..Aku dengan Apiz la yang paling menonjol kat dalam bilik seminar tu.
Kelebihan kami sebab tak dapat kuasai BI ,dah la Apiz menimbulkan kontrovesi .mesti dia ingat sampai mati peristiwa tu,aku yang melihat pun teringat sampai sekarang..Alhamdulillah,akhirnya tamat juga kesengsaraan.Banyak ilmu dan pelajaran yang aku dapat .



    ROTU

Kesian kat Intake aku dan diri aku sendiri....


Sebab tak dapat ambik baris,he,he..2 hari latihan ni,aku pergi finishing school sampai tak dapat belajar fasa pertahanan untuk menempuhi annual kem nanti,tak kan nak main sondol je macam kerbau di cucuk hidung.TAKUT KENE KOMANDO REST.Walau sakit penat sekalipun,aku tetap akan teruskan bersama kawan-kawan sampai kami tauliah,Tak sabar nak jumpa Agong..



SEMINAR

2 Hari seminar minggu lepas dekat K10.Itulah kali pertama aku jejakkan kaki kesitu.Yang remehnya ,kena cari masa yang sesuai nak ambik gambar dengan Dr Notts.Masalahnya tak nak bagi die perasan,.Dah macam kejar Datuk Siti Nurhaliza pulak.Kui,kui...Thanks kepada Geng BARA .Maaf sebab aku ada buat silap..

Wednesday, 9 November 2011

Pagi Tersenyum,Petang Termenung

Pagi itu ,last kuliah,seronoknye tak terkira nak balik kampung Raya Haji ,sampai kuliah pun hanya sekadar ambik name,kepala dah dok kat kampung dah.habis kuliah jam 2,aku terus balik berkemas,jam 2.30 dah dok kat highway Sungai Besi dah.tiba tiba,berarak mendung kelabu .Senyumku tawar,namun motor ku terus lancar maju meredah hujan.150KMJ,ku lihat meter motorku sewaktu meredah lebuhraya Karak.Sampai kat Bentong hujan dah berhenti dan di susuli mendung dan titis -titis hujan yang masih tersisa.Aku teruskan perjalanan sambil melayan perasaan.

Sesampainya kat Bandar Gua Musang,dalam jam 6 petang,  perjalananku telah disekat oleh Polis Trafik,aku ingatkan lepas sebab semua dah cukup kalau ikut undang-undang sangkaku,tapi tetiba je no plat aku jadi tumpuan,SALAH,ayat tu je yang ku dengar bersama surat saman yang dihulur,Permintaanku untuk tidak disaman tak dilayan,melayanglah elaun training aku 150 ,memang mahal buat aku seorang pelajar,tak patut,tak patutt.Tambah terkilan bila kad ATM aku pun hilang .Banyak dugaan ,tapi aku mesti tabah,wuuuiiii.Aku sampai tepat jam 8 malam,walau penat,tapi hepi dapat tengok famili.

Tapi syukur sebab aku selamat tiba di kampung dan selamat kembali ke UPM,terima kasih pada kawanku PIJI yang turut bersama -sama dengan aku balik ke UPM,Harap,masa mendatang ,aku tak ditimpa dugaan macam tu lagi,terima kasih motorku sebab bawak tuanmu dengan selamat balik ke kolejku ,KOSASS...

                                                                           
                                                           .TAMMAT...

Wednesday, 2 November 2011

TABAHKAN HATIMU SAHABAT

Apalah nasib yang menimpa kawan ku sorang ni,duit kerja masa cuti digunakan dengan cara yang betul,memang anak yang bagus,same macam aku,har,har..Duit kerjanya dibelanjakan untuk beli laptop dan motor.

Sampai di Universiti,bermulalah kehidupan gembira beliau,namun langit tak selalunya cerah,tak sampai 2 bulan,laptop yang dibeli telah rosak,jelas terpapar kerut- kerut kecewa di dahinya.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.Aku terkejut menerima panggilan beliau semalam yang berada di Balai Polis.Motornya hilang di depan Fakulti Pendidikan.

Hilang semangat aku ,dengan sape aku nak konvoi balik kampung nanti.Memang manusia tak berhati perut,Otak memang dieorang letak kat tumit aku rase,
Sebak aku tengok muke die,kalau lah aku ditempat beliau ,x tau la camne perasaan,,,

Aku harap die tabah hadapinya,mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni,MOHD AFENDI MAT JUSOH,kuatkan semangat...!!!

bbk 3408

Oloh - oloh,sumbat(bahasa kelantan)  memang mencabar la buat keje miming video ni,akhirnya siap juga,Eniey,Sofea,Dayat ,Mida ,time kacih,sebab banyak bertungkus lumus sampai pukul 5 pagi dan bertukar syif untuk tidur.
Akhirnya siap jugak,hepy,tengok korang gelak mase buat kerje tu walaupun terpaksa bersekang mata dari malam sampai ke subuh.

Bangga bila tengok video sendiri  dalam youtube ,kembang 45 darjah lubang hidong ni ,aku rasa kumpulan aku pun same,ha2

Sunday, 30 October 2011

Tugasan

Rasa pelik pula bila buat muka macam ni,ha,ha,kawan yang ambilkan gambar ku tergelak- gelak masa nak tangkap gambar.aku pulak yang terpaksa tebalkan muka.


Tapi tak mengapa,dah memang tugasku sebagai pelajar.Seperti kata Sarjan jurulatih ku."ARAHAN DARI SAYA,PERBUATAN DARI KAMU"..steady,steady..

pengalaman yang tak dapat dilupakan

Memang banyak peristiwa yang pernah hadir di dalam hidup ku,ada yang indah,ada juga yang tak menyenangkan bila diingat kembali. Masih segar lagi diingatan ku tentang satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan .Bila dikenang - kenang ,aku tersenyum sendirian,dan rasa  malu juga timbul. Kalaulah masa boleh di putarkan kembali ,akan aku ubah kejadian itu.


Ia berlaku sewaktu aku berumur 15 tahun ,di tingkatan 3 .Nak kata nakal tu x jugak,tapi kerana terpengaruh dengan kawan kawan yang bermasalah,aku selalu ponteng sekolah dan yang paling teruk aku menipu ibu bapa ku dan diri sendiri,maaf ayah ,maaf ibu,,

Aku kesekolah dengan motosikal,jadi senanglah nak ponteng,Mijan,Iwan,Basri,Hairi,Suhaimi dan Hafiz selalu menjadi pendorong untuk ponteng.Pada satu pagi kami pergi ke tempat biasa iaitu di kawasan sawah yang terdapat pondok terbiar di hujung kampungku,Itulah port kami.Rupanya kegiatan kami telah lama dihidu oleh orang kampung.

Cikgu disiplin telah mendapat tahu,dan terjadilah adegan seperti dalam drama Gerak Khas.Kami semua panik dan terjun ke dalam sawah .Habis seluar dan baju uniformku comot terpalit lumpur.Dah mengalahkan kerbau rasanya.

Kami berdiam diri di dalam sawah,Aku melihat muka Mijan dan Basri yang pucat dan Hairi yang kelihatan seperti hendak menangis bila mendengar laungan dari cikgu disiplin yang menyuruh kami menyerah,ku tak endah.

Tapi akhirnya kami tumpas di tangan cikgu bila motor- motor kami diambil kunci oleh cikgu.Kerana panik,beg dan kunci motor kami tinggalkan.Kami di bawa ke sekolah dan di jemur di dataran perhimpunan dengan berpegangan tangan mesra sambil mengelilingi motor yang diletakkan di tengah- tengah.


Malunya tak terkira,lebih tebal dari lapisan jalan tar 7 lapis rasanya muka ku bila kawan -kawan ,guru-guru melihat dan mengejek kami, dahlah malu,kami disebat pula oleh cikgu disiplin itu, Sakit macam nak terkoyak kulit,wa,wa..
Tapi ,alhamdulillah kerana aku dapat masuk U juga,,Boleh dikatakan bangga lah juga,,dan kenangan yang menjadi gelak tawa kami  akan ku ingat sampai bila- bila .

Wednesday, 19 October 2011

SIAPA JASPER,JOHN DAN JONAH

Setelah diteliti, Jasper rupanya adalah sahabat Dr Notts yang berada di luar negara . Menurut pemahaman saya, Jaspert adalah seorang rakan yang bertanggungjawab dan baik kerana beliau selalu menjaga bilik Dr notts sewaktu ketiadaan beliau.

Jasper adalah seorang wanita yang mungkin sebaya umur dengan Dr Notts ,beliau berkulit gelap dan menurut firasat saya ,beliau mungkin adalah masyarakat kulit hitam. Beliau juga selalu bersama - sama  menemani Dr Notts apabila keluar dari rumah.

Jasper lebih tinggi  dan besar dari dari Dr Notts dan ini mungkin perbezaan antara penduduk di Asia dengan barat.

John dan Jonah pula adalah orang yang sama dan hanya berbeza dari segi panggilan sahaja. John adalah nama sebenar kepada Jonah.
Kenapa Dr Notts panggil Jonah kepada john?
Ini kerana Dr Notts tidak mahu mengada-ngada dengan memanggil nama John, tak tau kenapa,
lalu John dipanggil Jonah,Jonah selalu mengingatkan perkara - perkara yang dilupai  Dr Notts . Dr Notts amat merindui Jonah kerana mereka terpisah jauh dan mungkin sudah lama tidak bersua .

Sunday, 9 October 2011

hidupku di hari minggu

emm,,,memang perit hari Ahad dan Sabtu,namun aku enjoy dengan kehidupan sebagai seorang ROTU.Dalam keperihan,ku lihat tawa senyum  teman-temanku yang menghilangkan segala keletihan dan keperihan.Pagi Sabtu lepas,pukul lima dah terpacak dalam baris di markas PALAPES .

Pehh,memang mata pun pejam tahan mengantuk.habis lapor,intake ku (intake 31) berlari ke padang untuk PT pagi  .Memang mencurah peluh keluar sebab berbagai pt dibuat, paling best, kami berguling di atas padang sampai kotor dari rambut ke hujung kaki..
Sepanjang 2 hari itu, kami belajar membuat kubu dan mempelajari cara-cara mengendalikan senjata GPMG,mesingun brow.Semua ilmu tu untuk ketempuh annual kem pada cuti sem nanti ,dan ia juga penting dalam perjuangan kalaulah Malaysia diserang.Walau ku seorang Wataniah..I LOVE PALAPES,HIDUP INTAKE31.!!

Sunday, 2 October 2011

serabut nye kepale awal -awal sem ni..dengan keje yang bertimbun ..rindu kat famili makin menjulang .Mok,Ayoh ,,,aku nok balik...


Ingin ku telefon kerap-kerap nak mengadu,rase dah tak patut dengan umur dah 22 ni..hmm agaknye apela diorang tengah buat mase ni..

Rindunye nak peluk anak sedara,Adam,Auni .apela korang buat time ni..biase petang-petang,selalu aku bawak diorang jalan-jalan nek motor,harap-harap diorang ingat aku..

ok,tabah kan hatimu...habiskan sem ni walau macamanapun dan terus balik kampung jumpe famili dan kengkawan yang menunggu...HEY HOO,LETS GO..

Tuesday, 27 September 2011

INDAHNYA ......

indahnya bila...
ranting hijaumu melambai-lambai
ditiup angin nan nyaman 
 hatiku tenang tiada resah..



indahnya bila...
kutatap senyumanmu wahai tasik
yang luas terbentang
yang membiru tenang

memberi kesenangan
kepada semua hidupan


 seketika laut ketenagan mendatang 
 rasa bimbang menerjah
adakah keindahan akan kekal ?

Thursday, 22 September 2011

kembara

Tup tap,dah 2 minggu aku kat sini ,Rase macam semalam je baru sampai K.l.Hari tu,memang malas nak bertolak bile tengok muke family aku.Hmm.. aku nak balikkkk....


Bertolak dari Machang pukul 8 pagi dengan 15 orang kawan -kawan...Memang best dapat konvoi ramai-ramai.Sampai kat Gua Musang ,kitorang berhenti rehat kat rumah sorang kawan . Peh...dapat makan durian..,Bantai 5 ulas dah semput dah.Lepas makan tengahari kat situ,baru perjalanan di teruskan.

Sampai kat K.L dah pukul 7.Hmm..penat sangat -sangat ,tapi semuanya hilang sebab dapat tengok pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.tambah-tambah lagi kat Gua Musang yang banyak bukit batu kapur.Jauh perjalanan ,luaslah pemandangan .